Shah Alam: Seorang lelaki dicari bagi membantu siasatan berhubung kes samun 40 kepingan emas 999 dan wang tunai berjumlah RM 1.65 juta di Kampung Bukit Puchong, Putera Heights, pada 23 Disember lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, leiaki itu ialah Mohamad Fuad Mat Isa dikesan di alamat terakhir 175, Jalan Enggang 1/5, Taman Dagang Ampang, Selangor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Muhamad Fuad diminta menghubungi Pegawai Risikan Operasi Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Superintendan Rodney di talian 016-8977664 atau pegawai penyiasat kes Inspektor Ahmad Fazlin Rasli di talian 012-5113584.

Sumber: Sinar Harian