Serdang, Puchong, Seri Kembangan dan Petaling Jaya dikenal pasti sebagai ‘syurga seks’ buat lelaki hidung belang yang mahu mendapatkan belaian manja pelacur warga asing.
Senario tersebut menyebabkan pelacur warga asing membanjiri kawasan-kawasan berkenaan untuk mencari ‘rezeki’.
Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Superitendan Abdul Ghaffor Ahmad berkata bagi mengekang peningkatan aktiviti pelacuran di negeri ini, pihaknya kini giat mengadakan serbuan pada setiap hari ke beberapa premis yang terlibat.
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA
