Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya memperoleh waran gelwdah terhadap 405 premis judi di seluruh negara dalam Ops Dadu Khas sejak 26 Oktober lalu sehingga kelmarin.
Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap,Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Roslee Chik berkata daripada jumlah itu 63 waran yang dilaksanakan berjaya memperoleh rampasan sejumlah mesin judi.
"Sebanyak 329 premis lagi yang digeledah sudah ditutup dan kosong ketika diserbu manakala baki 13 lagi waran tidak dilaksanakan premis secara keseluruhannya didapati tidak lagi beroperasi, katanya.
Sumber: Utusan Malaysia