Menu

PASUKAN BOLA SEPAK PDRM FA PERKENAL JENTERA LIGA SUPER 2015

Oleh : Kpl Edwind Indo

Putrajaya, 2 Feb – Pasukan bolasepak Polis Diraja Malaysia FA (PDRM) atau ‘The Cops’ telah memperkenalkan barisan pemain musim ini dalam mengharungi Liga Super 2015.

Majlis pengenalan itu telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Hotel JW  Marriot, Putrajaya, petang tadi.

Selepas menjuarai Liga Perdana musim lalu, 'The Cops' secara automatik layak ke Liga Super musim ini bakal dipimpin oleh Azman Adnan selaku jurulatih.

Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DIG Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim merangkap Presiden Persatuan Bolasepak PDRM berkata, PDRM FA dijangka mampu memberikan saingan sengit kepada pasukan-pasukan lawan lain dengan dua barisan pemain kebangsaan, empat pemain import berkualiti serta enam pemain warga PDRM sendiri.

Berikut adalah senarai pemain pasukan PDRM FA yang menggalas cabaran dalam saingan Liga Super 2015 :

Penjaga Gol : Willfred anak Jabun, Badrulzaman Abd Halim, Saiful Amar Sudar.

Pertahanan : Arman Fareez Mohd Ali, Mohd Fadhil Mohd Hashim, Mohd Azrul Azman, Thirumurugan A/L Veeran, Mohd Afif Amiruddin,  Kughegbe Onoriode, Mohd Fekry Tajudin dan Mohamad Muslim Ahmad.

Tengah : Muhamad Eskandar Ismail, Ahmad Nizam Mohd Rodzi, Mohd Shahril Izwan Abdullah, Ahmed Ezrie Shafizie Sazali, Shahurain Abu Samah, Mohd Lot Abu Hassan, Mohd Nurul Azwan Roya, Mohd Fauzi Abd Majid, Mohammad Faizal Abu Bakar dan Mohamadou Sumareh.

Penyerang : Ashfaq Ali (Maldives), Dramane Traore (Mali), Mohd Alafi Mahmud, Muhamad Asyidi Dil Ashar Yusof dan Isma Alif Mohd Salim.



Ketibaan Menteri Dalam Negeri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disambut riang oleh kedua cucu kesayangan


Ketibaan Menteri Dalam Negeri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disambut oleh Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar


Ucapan Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DIG Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim merangkap Presiden Persatuan Bolasepak PDRM


Ucapan oleh Menteri Dalam Negeri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi


Barisan pemain import PDRM FA


Pengenalan penaja utama The Cops dari Perkasa Jauhari Sdn. Bhd


Pengenalan penaja pakaian utama The Cops, Eutag Global (M) Sdn. Bhd. Line 7


Pengenalan penaja pengangkutan The Cops, Konsortium E-Mutiara


Menteri Dalam Negeri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima cenderahati kenangan berupa Jersi Home dari pasukan The Cops


Pengenalan Jersi Home dan Away Pasukan The Cops


Sekitar majlis pengenalan pemain pasukan PDRM FA yang menggalas cabaran dalam saingan Liga Super 2015


Sekitar majlis pengenalan pemain pasukan PDRM FA yang menggalas cabaran dalam saingan Liga Super 2015


Sekitar majlis pengenalan pemain pasukan PDRM FA yang menggalas cabaran dalam saingan Liga Super 2015


Azman Adnan, bekas pemain kebangsaan negara menggalas tanggungjawab memimpin pasukan The Cops


Mohamad Muslim Ahmad selaku Kapten Pasukan 'The Cops' menerima Sang Saka Biru daripada Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar


Menteri Dalam Negeri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merasmikan majlis terima bas pengangkutan Pasukan The Cops

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS