Menu

POLIS PERCAYA SELESAI KES CURI MOTOSIKAL

Miri: Polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes curi motosikal yang dilaporkan berlaku di sekitar Miri sejak beberapa bulan lalu dengan penangkapan seorang penganggur petang semalam.

Suspek berusia 20 tahun diberkas sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJND) Miri sekitar jam 2.30 petang semalam di Terminal Bas Pujut Corner di sini.

Dalam kes terbaharu,suspek dipercayai terlibat dalam kes curi sebuah motosikal dilaporkan hilang di sebuah Kompleks beli-belah Bintang Jaya Comercial Centre semalam.

Berikutan tangkapan itu, suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sumber: Borneo Post Online

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS