Menu

PELANCARAN OP SELAMAT 6/2015 DAN ‘KEMPEN RESPEK’

PELANCARAN OP SELAMAT 6/2015 DAN ‘KEMPEN RESPEK’ 

DENGKIL ,10 Feb – Op Selamat 6/2015 sempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini akan bermula dari 12 hingga 26 Februari 2015. Sama seperti Op Selamat sebelum ini, objektif operasi ini adalah untuk meminimumkan kadar kemalangan jalan raya dan indeks jenayah melibatkan keselamatan rumah ketika musim perayaan tersebut.

“Terima kasih kepada PLUS Malaysia Berhad selaku penaja utama Op Selamat kali ini, semoga sumbangan serta kolaborasi ini akan terus memberi manfaat kepada semua ahli masyarakat terutamanya daripada aspek keselamatan jalan raya dan harta benda”, ucap Deputi Inspektor Jeneral, Dato’ Sri Noor Rashid bin Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara ketika majlis pelancaran Op Selamat 6/2015 di R&R Dengkil (arah selatan), Selangor petang tadi.

Selain aspek keselamatan jalan raya, Op Selamat ini juga menekankan kepada keselamatan harta-benda atau rumah yang ditinggalkan selama beberapa hari bagi tujuan balik ke kampung halaman. 
“Maklumkan kepada pihak polis tentang kepulangan ke kampung dengan menghantar Borang Maklumat Balik Kampung yang boleh didapati di balai di mana borang tersebut boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi PDRM dan pemakluman ini juga boleh dilakukan melalui Rakan Cop”, katanya lagi.

Untuk tujuan memantau rumah dan premis yang ditinggalkan, rondaan pencegahan jenayah di taman-taman perumahan akan terus dipertingkatkan oleh anggota balai dan kereta peronda (MPV) serta Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

“Bagi mengurangkan kesesakan, pengguna jalan raya hendaklah merancang dan menguruskan perjalanan dengan mendapatkan maklumat Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (Travel Time Advisory – TTA) daripada pihak konsesi lebuh raya dan lebihkan bersabar, bertimbang rasa dan bertanggungjawab ketika di jalan raya”, ucap beliau sebelum mengakhiri ucapannya.

Selain pelancaran Op Selamat, PDRM dan PLUS juga telah melancarkan ‘Kempen Respek’ dengan objektif kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat untuk lebih menghormati undang-undang, dan juga kepada pengguna jalan raya yang lain. 
Kempen ini melibatkan pengedaran risalah, sticker, poster dan button badge yang mana kesemuanya disumbang oleh PLUS Malaysia Berhad.
Dalam menjayakan Op Selamat ini, PDRM turut berkolaborasi dengan lain-lain agensi, termasuklah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Persatuan Bulan Sabit Merah, St. John Ambulans, konsesi lebuhraya dan pihak media. 

Hadir di majlis tersebut, Tan Sri Dato' Mohd Sheriff bin Mohd Kassim, Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, Komisioner Polis Datuk Seri Mohmad bin Salleh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Komisioner Polis Dato’ Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti dan Senior Deputi Komisioner Polis Dato’ Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri /Ketenteraman Awam.

Turut hadir, Dato’ Seri-Dato’ Seri dan Dato’-Dato’ Pengarah PDRM, Dato' Noorizah binti Abd Hamid, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Dato’-Dato’ Ketua-ketua Polis Negeri, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan serta NGO, Pegawai-pegawai Kanan PLUS dan PDRM, Agensi-agensi penyelamat, Ketua-ketua dan wakil-wakil persatuan penduduk serta wakil-wakil media.


1
Pelancaran Op Selamat 6/2015 Sempena Tahun Baru Cina.

3
Antara yang hadir.

2
Antara yang hadir.

4
Antara yang hadir.

5
Antara yang hadir.

8
Penyerahan stiker 'Kempen Respek'

9
Penyerahan stiker 'Kempen Respek'

10
Penyampaian cenderahati...

11
Penyampaian cenderahati kepada Dato' Noorizah binti Abd Hamid, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad

_MG_6484
Gimik 'Mat Rempit' dari Cawangan Trafik...

_MG_6493
Gimik 'Mat Rempit' dari Cawangan Trafik...

_MG_6509
Antara yang terlibat....

_MG_6524
Penyempurnaan 'Kempen Respek'.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS