Menu

ORANG RAMAI USAH TERPEDAYA TAKTIK TUDUH LANGGAR KERETA

 
Kuala Lumpur - Polis mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan taktik sekumpulan lelaki bermotosikal yang akan berpura-pura menuduh sasaran mereka melanggar kenderaan ahli kumpulan itu, tetapi kemudian menyamun dan membelasah mangsa. 

Terbaharu, seorang pemilik bengkel kenderaan meninggal dunia pada jam 7.30 malam Isnin lalu ketika rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). 

Mangsa parah di kepala selepas dipukul lapan lelaki yang mengepung keretanya di Kawasan Perindustrian Bukit OUG, Bukit Jalil di sini, Ahad lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-2115 9999 untuk membantu siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS