Polis menahan tujuh individu termasuk tiga wanita dan memburu scorang lagi suspek berhubung kes pembunuhan seorang kontraktor di Kampung Karambunai Baru dekat Tuaran, Selasa lalu.
Semua individu termasuk seorang suspek utama berusia 18 hingga 40 tahun itu ditahan di Telipok dan Inanam, di sini, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Datiik Salehhudin Abd Rahman, berkata polis kini memburu lelaki warga asing dikenali sebagai Osma Japarul Husin, 45, yang disyaki turut terbabit dalam kes pembunuhan itu.
"Enam individu ditahan bagi membantu siasatan, manakala seorang lelaki berusia 30 tahun disiasat kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan Teng Seng Yap, 31, bersama seorang lagi suspek yang masih bebas," katanya di sini, semalam.
Mayat Seng Yap ditemui dalam semak di kampung berkenaan pada jam 3-50 pagi kelmarin, dengan n kesan tikaman di badannya.
Motif pembunuhan dipercayai akibat dendam kerana mangsa didakwa tidak membayar gaji suspek yang juga pekerjanya selama lapan bulan, yang dianggarkan kira-kira RM 15,000.
Sumber: Berita Harian
