Menu

POLIS SEDIA HADAPI PRK PERMATANG PAUH

Bukit Mertajam: Polis negeri sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang akan ditetapkan pada bila-bila masa.

Ketua Polis negeri, Senior DCP Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya hanya menunggu pengumuman rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum menggerakkan kira-kira 6,200 anggotanya bagi memastikan PRK itu berjalan lancar.

"Saya memberi jaminan polis akan memastikan PRK berkenaan berjalan lancar serta dalam keadaan baik demi kepentingan semua pihak,"katanya.

Sumber: Utusan Malaysia



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS