Tanjung Karang, 2 Mac - Seorang pemilik bot warga tempatan ditahan sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu ketika sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan laut Tanjung Karang lewat petang semalam selepas didapati menggunakan pekerja asing tanpa permit.
“Lelaki berusia 51 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan pihak polis mendapati ketiga-tiga pekerja warga Myanmar yang berada di atas bot berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” jelas Komander PPM Wilayah Satu ACP Mohd Yusof Abdullah.
Pemilik bot bersama tiga warga Myanmar itu kemudiannya dibawa ke markas operasi untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan, 1985 kerana melanggar syarat-syarat dalam lesen dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.