IPOH: Seorang buruh berusia 31 tahun direman selama tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dipercayai didera.
Perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah itu dikeluarkan oleh Majistret Haslinda A. Raof di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Siasatan terhadap lelaki itu dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Kejadian menimpa kanakkanak bemsia 10 tahun itu terbongkar Sabtu lalu ketika bapanya yang bekerja sebagai pemandu lori melawat anaknya yang menetap bersama lelaki itu di Flat Impiana Adril, Bukit Merah di sini.
Difahamkan, kanak-kanak itu berada di bawah jagaan lelaki terbabit yang dipercayai saudaranya dalam tempoh 3 hingga 28 Februari lalu.
Sumber: Utusan Malaysia
