Gelang Patah, 4 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya merampas rokok tidak sah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM15,829 di sini.
Komander PPM Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata risikan selama dua hari membawa kepada penemuan 1,710 paket rokok di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Asli, Gelang Patah.
“Rumah tersebut dipercayai dijadikan sebagai stor transit sebelum rokok berkenaan diedarkan di pasaran tempatan,” katanya lagi.
Walaubagaimanapun, seorang suspek berjaya meloloskan diri melalui pintu belakang selepas menyedari kehadiran pihak polis.
Kesemua rampasan dibawa balik ke Markas PPM Wilayah Dua untuk tindakan lanjut.