Menu

KOMPLEKS ICQS TEBEDU, SERIAN BEROPERASI SEPERTI BIASA

Hasil semakan, polis mendapati kenyataan yang digembar-gemburkan di dalam media sosial Whatsapp berkaitan Kompleks ICQS Tebedu, Serian ditutup ekoran berlakunya ketegangan dan rusuhan di sempadan Malaysia / Indonesia adalah TIDAK BENAR.

Keadaan kompleks adalah tenang dan pergerakan keluar masuk di sempadan beroperasi seperti biasa.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan sebaran maklumat berkenaan yang boleh memudaratkan hubungan baik kedua-dua negara.

Individu yang tidak bertanggung jawab boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dalam mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS