MAKLUMAT PALSU: Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan penyebaran maklumat palsu yang mendakwa jika menerima panggilan daripada nombor seperti +375602605281, +37127913091 atau sebarang nombor yang bermula dengan +375, +371, +081 dengan satu deringan dan terus putus dengan meninggalkan pesanan “missed calls”. Maklumat yang tidak benar itu turut mendakwa jika pengguna menyimpan maklumat bank di dalam telefon pintar, pihak tertentu boleh menyalinnya.