Menu

POLIS NAFI TAKTIK JENAYAH LEMPAR TELUR PADA CERMIN KERETA

PERHATIAN: Adalah dimaklumkan bahawa pihak polis tidak pernah mengesahkan taktik jenayah seperti yang dinyatakan di dalam pesanan ini.

Orang ramai diingatkan supaya tidak semudahnya menyebar atau berkongsi maklumat yang TIDAK SAHIH tanpa mendapatkan kepastian secara rasmi daripada pihak berwajib terlebih dahulu. Penyebaran maklumat sebegini tanpa pengesahan daripada pihak berkuasa akan menimbulkan keresahan atau rasa panik di kalangan masyarakat.

Pihak polis meminta mana-mana pihak yang telah membuat sebaran mengenai taktik ini supaya memadamnya dengan segera.

Walaubagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada pada bila-bila masa kerana penjenayah sentiasa menggunakan taktik yang berbeza-beza semasa melakukan jenayah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS