Dua lelaki menyamar sebagai Datuk yang menipu puluhan mangsa dalam urus niaga jual beli kenderaan membabitkan kerugian jutaan ringgit, akhirnya ditahan polis, Rabu lalu.
Modus operandi suspek yang berselindung di sebalik syarikat ditubuhkan mereka menawarkan pakej sambung bayar kepada pelanggan selepas memperdayakan pemilik asal kenderaan yang menyerahkan kereta mereka untuk dijual.
Namun, selepas kereta diserahkan, ejen berkenaan hanya melunaskan pembayaran wang pendahuluan, namun tidak menyelesaikan pinjaman kenderaan dengan bank, malah memberi pelbagai alasan tidak masuk akal.
Suspek berjaya ditahan polis di Jalan Klang Lama Rabu lalu dan siasatan awal juga mendapati gelaran Datuk itu adalah palsu dan di beli.
Sumber: Harian Metro
