Menu

MELANGKAH KE HADAPAN – LE TOUR DE LANGKAWI 2015

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2015- Perlumbaan lumba basikal berprestij di Asia - Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 membuka tirainya di Pulau Langkawi, 8 Mac sebelum saingan berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 15 Mac 2015.

Menggunakan tagline ' Melangkah Ke Hadapan’ pada edisi ke-20, LTdL 2015 melibatkan laluan keseluruhan sepanjang 1,193.1 km berbanding LTdL 2014, sejauh 1,495.9 km di mana Human Voyage merupakan penganjur utama Le Tour de Langkawi 2015.

Dengan kekuatan seramai 176 orang pegawai dan anggota, Polis Diraja Malaysia telah bersedia memikul penugasan untuk perlumbaan jelajah berbasikal terunggul Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL), edisi ke-20.

Polis Diraja Malaysia diketuai oleh SAC Dato’Haji Mohd Fuad bin Abdul Latif, Ketua Trafik Pasukan, selaku Pegawai Pemerintah, Supt. Bon Jeen Ahrom @ Sowat sebagai Penolong Pegawai Pemerintah dan DSP Mustapa Bakri bin Salleh sebagai Pegawai Pemerintah Medan.

Pasukan Pengiring diketuai oleh DSP Mustapa Bakri bin Salleh selaku Command 1 dengan keanggotaan seramai 105 orang. Penugasan pula dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Command, Lead Car, Motor Pilot, Motor Hazard,Motor Clearance, Motor Advance, Backup Riders,Pasukan Komunikasi, Pasukan Mekanik dan Bagasi.  

Pasukan Sekuriti pula diketuai oleh ASP Ibrahim bin Hj. Abu Bakar dengan kekuatan seramai 56 orang dan Pasukan Gerakan Udara pula seramai 15 orang, diketuai oleh Supt. Ahmad Lokman bin Abdul Hadi.

LTdL 2015 adalah perlumbaan basikal keempat berprestij di dunia selepas Tour de France, Vuelta d'Espania dan Giro d'Italia. Tahun ini merupakan tahun kesebelas berturut-turut acara ini masih dikekalkan status 'Hors Classe 2.0' dan diiktirafkan oleh pihak Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (Union Cyclist Internasional) hanya kepada negara-negara penganjur yang berkredibiliti penganjurannya dan tahap keselamatan berada di tahap maksimun. 

LTdL 2015 yang telah memasuki edisi ke-20 telah menarik penyertaan seramai 132 orang pelumba dari 22 pasukan profesional dari Eropah dan Asia Tenggara, akan mengerah kudrat tenaga di 8 peringkat, merentasi Jalan Persekutuan, Negeri dan Bandaran yang berbukit bukau, berliku-liku dan curam serta kawasan persisiran pantai, merangkumi jarak sejauh 1,193.1 kilometer. 

Perlumbaan bermula pada 8 Mac dan berakhir 15 Mac 2015, melalui laluan Pulau Langkawi (99.2 km), Alor Star - Sg. Petani (185 km), Grik – Tanah Merah(170 km), Kota Bahru – Kuala Berang (165.4 km), Kuala Terengganu - Kuantan (200 km), Maran - Karak(96.6km), Shah Alam – Bukit Fraser (180.8 km) dan Kuala Kubu Bahru – Kuala Lumpur (96.1 km).


_MG_0043
_MG_0397
IMG_7986
IMG_7979
IMG_0118
IMG_0179
IMG_0210
IMG_0207
IMG_8265
IMG_8015
IMG_8023
IMG_8073
IMG_8143
IMG_8204
IMG_8250
98
6
8
10a
12
15
26
27
34
37
39
42
45
46
48
49
52
68
63
74
77
78
79
92
131
132
133
89
3
4
5
11
14
16
15
19
24
27
35
50
52
68
72
78
73
85
101
107
108
109
94
91
15a

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS