Menu

ATASI KES JENAYAH

KUANTAN: Tindakan pantau dan periksa yang diamalkan anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan berjaya mengurangkan kegiatanjenayah di daerah ini. 

Pasukan berkenaan yang diperkukuhkan dengan Unit Rondaan Bcrmotosikal (URB) turut berperanan membuat rondaan, pemantauan atau sekatan jalan raya bagi memastikan penjenayah tidak terlepas atau bergerak bebas melakukan jenayah. 

Malah, BPJKK turut kerap mengadakan pemeriksaan di kawasan kediaman dan premis perniagaan, selain berada di barisan hadapan dalam menangani atau berdepan penjenayah. 

Menerusi unit itu juga, banyak kegiatan jenayah dapat dilumpuhkan apabila pasukan keselamatan berjaya menahan suspek yang dikehendaki di sekitar bandar ini. 

Penjenayah yang dikehendaki di daerah lain turut dapat ditahan menerusi kaedah pantau dan periksa dengan menahan mereka yang dalam keadaan mencurigakan tanpa mengira masa dan tempat. 

Ketua Poiis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata BPJKK melakukan pemantauan 24 jam sehari selama tujuh hari seminggu dengan melakukan tugas pengintipan, pemantauan dan operasi tanpa mengira masa supaya penjenayah tidak mudah meloloskan diri. 

''Kita juga melakukan sekatan jalan raya secara bergerak iaitu tidak hanya tertumpu pada satu laluan saja, sebaliknya memilih secara rawak kerana kaedah ini terbukti apabila mampu menahan dan mengesan individu mencurigakan" katanya ditemui baru-baru ini. 

Beliau berkata, anggota URB pula berperanan melakukan rondaan di kawasan premis dan kediaman, selain memeriksa rumah tidak berpenghuni bagi memastikan tidak menjadi mangsa penjenayah. 

"Kita tidak tertumpu hanya dalam menahan penjenayah saja, namun turun padang berjumpa dengan masyarakat dalam mengeratkan hubungan silaturahim, malah mereka tidak segan atau takut dalam menyalurkan maklumat.

"Hubungan erat antara masyarakat dan polis penting kerana mereka adalah mata dan telinga pasukan keselamatan menerusi penyaluran maklumat berkaitan kegiatan jenayah di kawasan masing-masing," katanya. 

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS