Menu

MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE-208.

Oleh : Kpl Aslam Syir Khan

Bukit Aman, 24 Mac – Satu Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Peringatan Hari Polis ke-208 tahun telah diadakan di Masjid Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, disini kelmarin.

Majlis diadakan bagi mengeratkan silaturrahim sesama anggota dalam pasukan Polis Diraja Malaysia sekaligus merapatkan ukhuwah antara satu sama lain.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mensyukuri nikmat keamanan yang telah dikecapi negara selama ini.

Turut hadir sama mengimarahkan majlis ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Norian Mai, dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim.


Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara berbual dengan Tan Sri Dato' Seri Norian Mai, mantan Ketua Polis Negara


Antara yang hadir di majlis tahlil sempena Hari Polis ke 208


Suasana semasa bacaan Yasin dijalankan di Masjid Aman


Solat Magrib sebelum memulakan tahlil bacaan yasin Sempena Hari Polis ke 208

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS