KUANTAN: Tindakan seorang lelaki menunggang mo tosikal curi membawa padah apabila dia bukan sahaja ditahan polis kerana kesalahan itu sebaliknya turut mendedahkan identitinya sebagai individu dikehendaki berhubung dua kes samun kereta dan dadah.
Suspek berusia 28 tahun berasal dari Seri Inderapura di sini ditahan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan yang ditahan melakukan pemantauan dan pemeriksaan cegah jenayah di kawasan berkenaan kira-kira jam 3 pagi, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, suspek cuba melarikan diri sehingga memaksa anggota URB terlibat mengejar dan mengepungnya sebelum berjaya ditahan.

Sumber: Sinar Harian