Kuala Lumpur, 25 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyeragamkan keanggotaan semua ahli komuniti polis melibatkan 90,000 individu di seluruh negara. Sehubungan itu semua ahli komuniti polis akan menggunakan pakaian serta logo yang mempunyai warna sama bagi memudahkan masyarakat mengenali mereka.
PDRM juga sentiasa mendukung konsep kepolisian masyarakat ke arah mewujudkan kefahaman, kepercayaan serta tanggungjawab antara polis dan masyarakat.
Sumber: Utusan Malaysia
