Menu

MALAM MES SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE-208

Oleh: Konst Shazril Abd Rashid
Foto:  Konst Shazril Abd Rashid
           Konst Sathish Menon A/L Silvaraman


Subang Jaya, 26 Mac – Seperti kebiasaan, sambutan Peringatan Hari Polis ke-208 akan diikuti dengan Majlis Malam Mes yang menjadi satu tradisi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meraikan penubuhan pasukan yang kini menjangkau 208 tahun sejak ia ditubuhkan.

Majlis makan malam tersebut diadakan bertujuan mempertingkatkan semangat setia kawan atau ‘esprit de corps’ yang turut dihadiri oleh ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di seluruh negara dan pesara polis.

Ketua Polis Negara dalam ucapan beliau di Dorsett Grand Subang Hotel Subang Jaya, Selangor malam tadi, menekankan bahawa melalui tema pada tahun ini dilihat amat bertepatan dengan konsep kepolisan pada masa kini. 

“Bak kata pepatah, ‘Bagai Aur Dengan Tebing’, masyarakat dan PDRM saling memerlukan di antara sama yang lain bagi mengeratkan kerjasama yang baik dalam memantapkan dan menjaga ketenteraman awam di seluruh negara. Berikutan itu, PDRM dan masyarakat telah melalui proses transformasi untuk merakyatkan institusi kepolisan melalui pelbagai program seperti ‘Community policing’,”katanya.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Dato’ Alwi Hj Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara Deputi Inspektor Jeneral Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Malam Mes Datuk Seri Mohmad Salleh.

GAMBAR SEPANJANG MAJLIS.















PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS