28 Mac 2015: Hasil rondaan yang dilaksanakan anggota polis sekitar Kampung Damai, Serendah, mula menunjukkan kesan positif apabila tiada sebarang kes pecah rumah dicatatkan sejak awal bulan lalu.
Ketua Kampung Damai, Chok Kwee Leng berkata, menerusi sesi perbincangan yang dijalankan bersama Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Superitendan Mohamad Faisal Sarip sebelum ini, pihak berkenaan bersetuju mengaturkan unit rondaan bagi memantau kawasan kampung tersebut yang sering menjadi tumpuan kegiatan pecah rumah.
SUMBER : SINAR HARIAN
