31 Mac 2015: Seorang adik memilih untuk menjadikan profesion kepolisian sebagai kerjaya selepas tertarik dengan kebolehan abangnya yang dianugerahkan sebagai Pegawai Penyiasat Lagenda oleh Ketua Polis Negara di atas kecemerlangannya menyelesaikan satu kes bunuh dan bakar di Setapak, beberapa tahun lalu.
Anak kacukan India-Cina itu yang kini menjawat jawatan Pegawai Penyiasat Trafik Kuala Lumpur, Inspektor Dev Gopal berkata, semangat dan kecemerlangan abangnya Deputi Superitendan Shan Gopal yang bakal melapor diri sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seremban adalah punca utama dia memilih pekerjaan yang mencabar itu.
SUMBER : HARIAN METRO