Menu

SINDIKET JUAL TELEFON BIMBIT TIRUAN TUMPAS

31 Mac 2015: Satu sindiket yang menjual telefon bimbit tiruan pada harga sebenar tumpas selepas polis menahan dua lelaki dan merampas 500 unit telefon bimbit tiruan pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM120,000.

Dalam kejayaan jumaat lalu itu, polis mulanya memberkas dua lelaki, masing-masing berusia 30 dan 35 tahun di sebuah pusat beli belah di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini. Suspek kemudian membawa anggota pihak berkuasa ke dua stor di kompleks berkenaan yang dijadikan tempat menyimpan telefon bimbit tiruan.

SUMBER : BERITA HARIAN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS