Menu

103 KETULAN MAMPAT GANJA DIRAMPAS

KUALA PERLIS : Sebanyak 103 ketulan mampat yang disyaki dadah jenis ganja dirampas sepasukan Unit Pencegahan dan Penyeludupan (UPP) Kuala Perlis di Bukit Kampung Padang Cina, semalam.

Menurut Komander UPP DSP Syed Basri Syed Ali pihaknya menemui ketulan mampat ganja tersebut yang dibungkus dengan plastik hitam dipercayai diletakkan di kawasan tersebut untuk diangkut ke lokasi lain sebelum di proses dan diedar.

"Dianggarkan ketulan mampat tersebut bernilai RM185,400 dan dibawa ke ke Kompleks UPP Kuala Perlis untuk disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952,"katanya.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS