Menu

MARIN BANTU KESAN KAPAL IKAN KARAM

KOTA TINGGI : Sebuah kapal ikan yang dilaporkan karam berjaya ditemui Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 di sekitar perairan Bandar Penawar, hari ini.

Komander PPM Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, pihaknya berjaya mengesan kapal tersebut yang terletak tidak jauh dari lokasi yang dilaporkan.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut tidak didaftarkan atas mana-mana pemilik dan tiada mangsa dijumpai," katanya.

Kes diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Selatan bagi mengesan identiti pemilik dan kapal tersebut.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS