Seramai 12 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang sedang leka menghiburkan pelanggan di sebuah pusat hiburan di Serdang, Selangor bertempiaran lari apabila diserbu polis malam semalam.
Ketua Unit Maksiat Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Superitendan Ibrahim Husin berkata, Op Noda yang dijalankan kira-kira pukul 11 malam itu mendapati kesemua GRO yang ditahan tidak mempunyai sebarang permit sah malah turut menjalankan aktiviti pelacuran.
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA