Kuala Selangor, 3 April – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 telah menahan dua orang nelayan warga tempatan yang melanggar syarat Jabatan Perikanan dalam satu operasi di perairan pantai Tanjung Karang dekat sini, pagi tadi.
Komandernya, ACP Mohd Yusof Abdullah berkata, semasa operasi pasukannya telah memeriksa sebuah bot pukat tunda yang sedang leka menangkap ikan di perairan tersebut.
"Setelah diperiksa mendapati mereka telah melakukan kesalahan menangkap ikan di kawasan larangan iaitu dalam lingkungan jarak yang tidak dibenarkan," katanya lagi.
Kesemua nelayan bersama bot mereka telah diserahkan kepada Jabatan Perikanan Pelabuhan Klang untuk disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985.