Menu

ROKOK DAN MINUMAN KERAS TIDAK SAH BERNILAI RM33,576 DIRAMPAS


Pontian, 8 April - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 berjaya merampas rokok dan minuman keras tidak sah dalam dua serbuan berasingan di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, dalam serbuan pertama pihak polis berjaya merampas 8,300 batang pelbagai jenis rokok tidak sah yang dijumpai di dalam sebuah kenderaan yang ditinggalkan ditepi jalan.

“Serbuan kedua dijalankan ke atas sebuah rumah berhampiran lokasi pertama. Hasil pemeriksaan mendapati sejumlah 600 tin dan 285 minuman keras dijumpai di dalam sebuah bilik. Seorang lelaki warga asing yang berada di lokasijuga ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kesemua hasil rampasan bernilai RM38,268 diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk disiasat di bawah Seksyen 135 (d) Akta Kastam 1957.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS