Menu

DUA LELAKI DITAHAN BANTU SIASATAN KES NENEK DIROMPAK DAN DIPUKUL


Johor Bharu, 9 April - Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes seorang warga emas dirompak dan dipukul sehingga pengsan di kediamannya di Flat Kenari, Kangkar Pulai, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata kedua-dua suspek kini direman untuk siasatan lanjut.

"Dua lelaki itu yang berumur antara 30an hingga 50an ditangkap pada 7.15 malam (Rabu) dan 2.30 pagi tadi (Khamis) di Bandar Baru Kangkar Pulai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Noor Hashim  77, di kediaman anak mangsa di Jalan Danau Taman Desa Jaya tengah hari tadi.

"Keadaan mangsa bertambah baik," kata beliau.

Dalam kejadian itu, Zainun, 77, dirompak dan dibelasah dengan kayu sehingga mengalami pendarahan di kepala, muka dan mata kiri oleh dua lelaki yang menceroboh rumahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS