Sekumpulan anggota polis tcrpaksa mempertahankan diri selepas seorang suspek pengedar dadah cuba merempuh mereka menggunakan sebuah pacuan empat roda.
Kejadian berlaku jam 9 malam kelmarin, ketika sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Seberang Paya, Dusun Tua, Hulu Langat di sini.
Hasil serbuan itu, polis menahan enam individu termasuk dua wanita disyaki terbabit dalam kes dadah.
Sumber: Harian Metro