SEPANG, 18 April - Seramai 14 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang ke Darfur, Sudan untuk berkhidmat dibawah misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kumpulan yang diketuai Asisten Superitendan Chiew Swoi Kee kali ini merupakan pengganti kepada 19 pegawai dan anggota PDRM yang telah tamat penugasan di sana pada tahun lalu dan akan berkhidmat bagi tempoh setahun serta menjalankan tugas-tugas sebagai United Nations Police (UNPOL)
Tugas UNPOL di misi United African Union Mission In Darfur (UNAMID) adalah sebagai ‘Pemerhati Polis’ kepada pasukan polis tempatan dalam melaksanakan penugasan bersama program Community Policing dan tugas-tugas kepolisian mengikut piawaian kepolisan Antarabangsa.
Majlis pelepasan disempurnakan oleh Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/
Rekreasi) PDRM, ACP Coursesenu Ibrahim.
Dalam ucapannya, penglibatan PDRM secara aktif dalam misi pengaman PBB melalui penghantaran 14 pegawai dan anggota ke misi Angola adalah sejak 13 Ogos 1991 lagi. Sehingga kini seramai 4,081 warga PDRM telah menyertai Misi Pengaman PBB di 13 buah negara termasuk Timor Leste dan Bosnia Herzergonia.
“Semua penyertaan PDRM dalam misi ini adalah di atas permintaan pihak United Nations New York kepada negara-negara penyumbang yang menjadi ahli di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menaikkan imej negara di mata dunia.
“Sepeninggalan tuan-tuan nanti, kebajikan ahli keluarga di sini akan sentiasa diberi perhatian oleh pasukan”, katanya lagi diakhir ucapan.
Turut hadir bersama adalah ACP Che Zakaria Bin Othman merangkap Ketua Pegawai Turus Istiadat Bukit Aman
/_mg_0130-copy.jpg?sfvrsn=2)
ACP Coursesenu Ibrahim ketika menyampaikan ucapan.
/_mg_0089-copy.jpg?sfvrsn=2)
Lafaz ikrar diketuai oleh ASP Chiew Swoi Kee
/_mg_0151-copy.jpg?sfvrsn=2)
Sekitar majlis.
/_mg_0162-copy.jpg?sfvrsn=2)
Bacaan doa
/_mg_0165-copy.jpg?sfvrsn=2)
Bacaan doa.
/_mg_0188-copy.jpg?sfvrsn=2)
Gambar kenangan.
/_mg_0209-copy.jpg?sfvrsn=2)
Gambar kenangan.
/_mg_0083-copy.jpg?sfvrsn=2)
Sebelum berlepas