Polis Selangor menahan lapan suspek disyaki terbabit dalam kejadian bunuh dan bakar seorang pengawal keselamatan di pondok pengawal di Bandar Bukit Raja, Klang awal pagi kelmarin.
Difahamkan semua suspek berusia antara 26 dan 59 tahun itu ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Bukit Raja dan Meru di sini antara jam 11.30 malam hingga jam 4 pagi semalam.
Sumber polis berkata, suspek dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap ditahan di kawasan awam dan di sebuah rumah di sekirar Klang.
Identiti penjenayah terbabit dikenalpasti pihak polis berdasarkan rekod jenayah lampau.
Sumber : Harian Metro
