Menu

JUMLAH KEMALANGAN SUKU TAHUN PERTAMA MENINGKAT

Bukit Aman, 22 April – Kes kemalangan jalan raya meningkat sebanyak 3.3 peratus iaitu 3,819 kes bagi tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun 2014.

Ketua Trafik Pasukan, SAC Dato’ Hj Mohd Fuad bin Abd Latiff berkata, jumlah kemalangan maut dan jumlah kematian turut meningkat berbanding tahun 2014 bagi tempoh yang sama apabila 1,557 bagi kemalangan maut dan 1,696 kematian dicatatkan.

Selain itu, Cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia akan melancarkan Operasi Waran Tangkap (Op Warta) pada masa terdekat ini dan akan menangkap individu-individu yang masih enggan untuk membayar saman-saman yang telah dikeluarkan waran-waran tangkap oleh Mahkamah.

“Saya menasihatkan orang ramai supaya menyemak dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) rekod kenderaan mereka jika terdapat saman-saman yang tertunggak terutamanya yang telah dikeluarkan waran-waran tangkap,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, sebanyak 4,092,706 waran tangkap telah dikeluarkan dan hari ini 1,596,509 waran tangkap masih belum disempurnakan.

Beliau turut meberikan laporan hasil Operasi Roda (Op Roda) yang telah bermula 12 Mac sehingga 21 April lalu yang mana operasi tersebut yang memfokuskan kepada penunggang dan pemilik motosikal ini telah mengeluarkan 40,686 saman dan sebanyak 523 buah motosikal telah disita.

“Pemilik motosikal adalah bertanggungjawab untuk tidak membenarkan motosikal mereka dibawa oleh sesiapa sahaja yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah”, katanya lagi.

“Saman juga boleh dikeluarkan kepada pemilik kenderaan kerana membenarkan kenderaannya dipandu oleh orang tiada lessen memandu di bawah Sek. 39 (5) Akta Pengangkutan Jalan”, tambahnya lagi.

Dalam sidang media ini juga, Dato’ Hj Mohd Fuad bin Abd Latiff turut menyampaikan surat kepujian kepada 14 anggota trafik bagi kejayaan tangkapan kes rasuah dan tangkapan bagi kes dadah di seluruh negara.

IMG_6985 copy
SAC Dato’ Hj Mohd Fuad bin Abd Latiff ketika sidang media

IMG_7005 copy
Antara penerima Surat Kepujian

IMG_6995 copy
Antara penerima Surat Kepujian


IMG_7041 copy
Antara penerima Surat Kepujian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS