Polis menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes ugut dan usir petani di Mambang Diawan, Kampar akhir bulan lalu.
Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, tangkapan itu dilakukan berpandukan laporan polis yang dibuat oleh sekumpulan petani pada 29 dan 30 Mac di Balai Polis Mambang Diawan berhubung kejadian tersebut.
Polis turut menerima memorandum berkaitan perkara itu da-ripada wakil petani pada jam 12.30 tengah hari di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, semalam.
Sumber: Sinar Harian