Polis menumpaskan kegiatan perjudian yang bergiat aktif di tiga lokasi di Muadzam Shah dan Pulau Tioman di sini serta menahan 13 individu kerana terlibat dalam aktiviti tersebut pada Selasa lalu sehingga semalam.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata, Selasa lalu pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri menahan 10 individu yang leka berjudi menggunakan tablet yang merupakan modus operandi terbaharu digunakan di negeri ini di sebuah premis di Muadzam Shah.
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA