Menu

DATO' AWANG SAHARI DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN PESURUHJAYA POLIS SABAH YANG BAHARU

Bekas Ketua Cawangan Khas Sabah, Dato' Awang Sahari Em Hadzeer dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu menggantikan Datuk Salehuddin Abd. Rahman yang memangku tugas itu sebelum ini.

Majlis serah terima tugas antara Dato' Awang Sahari dan Datuk Salehuddin berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kota Kinabalu semalam dan disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah sendiri, Dato' Jalaluddin Abdul Rahman.

Turut berlangsung dalam majlis itu ialah pelantikan bekas Timbalan Ketua Cawangan Khas 1 Sarawak, Dato' Rorete @ Clarence Rorote ak Sagon sebagai Ketua Cawangan Khas Sabah yang baharu.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS