Menu

PEGAWAI KANAN POLIS MAUT DIREMPUH KERETA

Pegawai Kanan Polis, Allahyarham lnspektor Mohd Nafeanee Mohd Adnan, 36, yang meninggal dunia selepas dirempuh sebuah kereta kelmarin, dikenali sebagai seorang yang komited dengan tugasnya.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin berkata, sepanjang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sejak kira-kira sembilan tahun lalu, Allahyarham mampu menggalas tugas dan cabaraan dengan amat baik.

Mohd Nafzanee meninggal dunia selepas sebuah kereta Proton Saga merempuh lima motorsikal yang sedang berteduh di tepi jalan kerana hujan lebat di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS