Sub Inspektor Sazali Samad menepati ramalan apabila berjaya mempertahankan gelaran Olahragawan Kebangsaan buat kali kedua berturut-turut.
Beliau menerima trofi, blazer dan wang tunai sebanyak RM20,000 daripada Menteri Belia dan Sukan.
Olahragawan Kebangsaan yang juga jaguh bina badan dunia itu melahirkan rasa terharu dan gembiranya di atas pengiktirafan yang diberikan oleh PDRM, pihak kerajaan dan negara dalam dunia sukan yang diceburinya sejak sekian lama iaitu sukan bina badan.
Sumber: Utusan Malaysia