Seramai tujuh individu termasuk dua pelarian Rohingya ditahan di negeri Kedah dan Pulau Pinang kerana disyaki terlibat dalam kes culik dan bunuh selepas melakukan samun sebuah rumah di Jeniang Sik pada 9 April lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nashir Ya berkata, sebelum tangkapan, polis menerima laporan daripada seorang lelaki Rohingya juga bahawa dia disamun sekumpulan lima lelaki bertopeng di rumahnya di Kampung Mat Aris, Jeniang Sik dekat sini.
Mangsa mendakwa, suspek-suspek memakai topeng dengan dua daripada mereka bersenjatakan pisau.
Semua yang ditahan kini direman bagi membantu siasatan.
Sumber: Kosmo