Polis menafikan kekecohan tercetus selepas aksi Liga Super Pahang menentang Perak malam kelmarin berpunca tindakan anggota menghalang penyokong masuk untuk melipat bendera gergasi seperti didakwa segelintir penyokong.
Ketua Polls Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, polis tidak ada halangan untuk penyokong berbuat demikian kerana dalam perlawanan sebelum ini juga mereka dibenarkan berbuat demikian tanpa masalah.
Menurutnya, dalam kes malam kelmarin, polis hanya mengambil tindakan perlu bagi mengelak suasana tidak terkawal dalam Stadium Darul Makmur apabila melihat ada penyokong yang cuba melompat pagair masuk ke kawasan padang.
Sumber: Sinar Harian