Polis sedang memburu seorang lelaki dikenali sebagai Mat Malaya selepas terbabit dalam kes cubaan membunuh seorang pembantu mekanik di sebuah bengkel di Jalan Tuaran Bypass berhampiran Lembaga Padi, Kota Kinabalu, kelmarin.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Jalaluddin Abd Rahman berkata, usaha mengesan suspek berusia 43 tahun giat dilaksanakan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai individu berasal dari Selangor itu diminta supaya segera menghubungi polis.