Menu

3 SAMPAN NELAYAN DITAHAN POLIS MARIN

Pelabuhan Klang, 11 Mei – Tiga sampan nelayan bersama tiga tekong dan tiga awak-awak ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dalam operasi Tango Papa di sini, petang semalam.

Komander PPM Wilayah Satu, ACP Mohd Yusoff Abdullah berkata kesemua warga Indonesia yang berusia 27 hingga 47 tahun itu ditahan sekitar jam 10 malam ketika sedang menangkap ikan menggunakan jaring hanyut.

Pemeriksaan lanjut mendapati dua nelayan tersebut memiliki passport tamat tempoh dan empat yang lain tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 5(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) akta yang sama.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan selanjutnya.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS