Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di daerah Bentong, Pahang selepas menahan seorang jurujual dan seorang ahli muzik dalam satu serbuan di kawasan rehat R&R Genting Sempah, semalam.
Kedua-dua suspek tersebut dipercayai menggunakan kawasan letak kereta di R&R itu untuk menunggu dan menjual dadah kepada pengedar dadah kecilan yang lain dalam daerah tersebut.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, pihaknya berjaya merampas dadah jenis ganja seberat 2.05kg, pil Eramin 5 seberat 2.8 gram dan syabu seberat 3.7 gram dengan anggaran keseluruhan bernilai RM12,000. Kesemua barang kes itu dijumpai di tempat letak kaki hadapan bahagian pemandu.
Sumber: Utusan Malaysia
