Seorang peniaga ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu kes pembunuhan pemungut hutang di Mak Mandi, Pulau Pinang, Selasa lalu.
Suspek yang berusia 29 tahun itu ditahan oleh pihak polis Pulau Pinang ketika dia berada di rumahnya.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata, polis turut menjumpai sebuah motorsikal yang terdapat kesan darah dipercayai mangsa di rumah suspek terbabit.
Sumber: Utusan Malaysia
