Menu

22 DIREMAN BANTU SIASATAN KES MERUSUH DI STADIUM

Seramai 22 lelaki ditahan reman selania cmpat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut berkaitan insiden merusuh sejurus perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dan Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Kuala Terengganu, Sabtu lepas.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Rendah Muhammad Firdaus Abdul Kahim mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Semua suspek berusia antara 16 hingga 36 tahun berdepan siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK) kerana memiliki senjata maut dalam rusuhan, Seksyen 435 KK kerana khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak menyebab kan kerosakan dan Seksyen 427 KK kerana me lakukan khianat.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS