Indeks jenayah jalanan termasuk samun berkumpulan, samun bersenjata api dan ragut di Kuala Lumpur sejak Januari hingga 12 Mei ini merekodkan penurunan apabila hanya mencatat 1,207 kes berbanding 2,395 kes pada tempoh yang sama tahun lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Tajudin Md. Isa berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan 1,188 kes atau 49.6 peratus.
Beliau berkata, jenayah samun berkumpulan merekodkan penurunan daripada 1,645 tahun lalu kepada 735 tahun ini iaitu menunjukkan penurunan 910 kes atau 55.3 peratus.
Sumber: Utusan Malaysia
