Polis berjaya menyelesaikan kes pembunuhan seorang lelaki di Parit Tiram, Batu 2, Bakri, Muar, dekat sini pada Disember tahun lepas dengan tertangkapnya seorang suspek pada Isnin lalu.
Ketua Polis Johor, Dato' Rusli Ahmad berkata, suspek berusia 30 tahun yang ditahan di Muar itu mendedahkan penglibatannya dalam kejadian pembunuhan mangsa yang sebelum ini dilaporkan hilang oleh abang tirinya selepas keluar dan tidak balik ke rumah di daerah yang sama.
Polis turut percaya yang PDRM berjaya menyelesaikan beberapa kes iaitu kes lelaki yang dilaporkan hilang, kes pergaduhan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan kes curi kenderaan di luar Johor.
Sumber: Utusan Malaysia
