Empat bulan pertama tahun ini menyaksikan penurunan indeks jenayah di bawah bidang kuasa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching berbanding tempoh sama tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad berkata, dari Januari hingga April sebanyak 584 kes dicatatkan, manakala tahun lepas 741 kes.
Menurutnya, ia menunjukkan penurunan sebanyak 143 kes atau 19.30 peratus.
"Kita berjaya menurunkan kadar jenayah dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
“Ia (penurunan) merupakan komitmen semua anggota dengan kerjasama masyarakat dalam memastikan keselamatan orang awam dan harta benda," ujarnya.
Sumber : Utusan Borneo (Sarawak)